Pages
About Me
Mari Tambah Kenalan
Mari Menderma
Blog Archive
Friday, October 23, 2009
SEBUAH KISAH KLASIK (bhgn pertama)
**********************************************************************************
Kesejukan udara di Awana Genting Highland terasa menyucuk hingga ke tulang. Zirhan terduduk keletihan. Rokok L&M Filter dikeluarkan dari poket. Sebatang demi sebatang bahan penyebab kanser itu dinyalakan. Zirhan termenung lagi. Melayari kenangan silam yang dtg bersama asap rokok yang dihembus pergi.
Puncak genting highland dipandang sepi. ya, tempat yang pernah menjadi saksi kisah cinta zirhan dan kekasihnya. Airin.. Nama itu muncul lagi. Mengundang sebak di dada zirhan. serta merta air matanya bergenang, mengenang permaisuri hati yang menjauh pergi..
***********************************************************************************
Senyumanku terus terukir indah. Entah mengapa hati ini terlalu berdebar saat menaip mesej pesanan ringkas ini. Aku gembira. Aku bahagia. Hari ini bakal menentukan segalanya. Ya, akan aku pastikan segalanya terjawab hari ini. Airin.. Gadis yang semakin rapat denganku semenjak kursus kepimpinan kelmarin semakin kerap muncul dalam angan dan mimpiku akhir2 ni.
27/12/2008
8.45 malam
awak, sy bahagia dgn awk sepanjang kte brsama. Saban hari sy rndukan awk.senyum awak, gelak awak, n everything about u. sy tau, masih terlalu awal utk kte, tp sy brharap dpt jd seseorang yang istimewa dalam hidup awak. Jd tman awk masa sunyi, jd penawar ble awk brduka, jd pnyembuh bila awk trluka. Sudi x awk jd tman istimewa saya? jd kekasih hati saya? jd penyeri hdup saya? =)
******************************TO BE CONTINUE*************************************
Friday, September 11, 2009
Cukup Beranikah Kita????
Pilihan..
Decision..
Apa pn perkataannya, maksudnya tetap sama. ya, yg membezakan kita dengan orang lain. Cukup kuatkah kita untuk membuat keputusan? Cukup beranikah kita untuk menghadapi kenyataan?
Dalam hidup ini, kita diberi peluang untuk membuat pilihan. Setiap pilihan yang kita buat, bakal menentukan nasib kita pada masa akan datang. Memberitahu siapa kita suatu hari nanti. Ya, terlalu besar pengaruhnya. Terlalu besar kesannya. Baik atau buruk sesuatu keputusan itu, hasilnya tidak akan nampak pada hari ini. Kesilapan membuat pilihan atau keputusan terletak atas diri kita sendiri.
Kau pernah membuat keputusan itu. Kau pernah memutuskan untuk membahagiakanku. Kau pernah berjanji mencintai ku. Mengasihiku. Menyayangiku..
Namun kini, janji itu hanya tinggal janji. Tinggal sepi dalam lipatan sejarah cinta kita. Sejarah hidup kita. Kau pergi tapi kau ada. Kau hilang tapi kau di sana. Di hadapanku. Dalam pandanganku. Dalam mimpiku. Dalam hidupku..
Kau pernah menyalahkanku kerana tak mampu membuat keputusan untuk cinta kita. Kau pernah memarahiku kerana tak mampu membuktikan cintaku. Kasihku.. Sayangku.. Kini? Kau berada di tempatku. Dan aku tahu, kau juga tak mampu membuat keputusan itu. Antara dia dan aku, mana satu pilihanmu?
Sudah terlalu lama hati ini merindukan dirimu. Terlalu lama perasaan ini ku simpan buatmu. Terlalu lama rindu ini bergema untukmu. Lama.. Terlalu lama..
Aku juga tak mampu untuk membuat keputusan kini. Aku juga tersepit. Karam dalam lautan perasaan yang sunyi dan sepi. Yang terus menghukum diri.
Sekarang, aku perlu membuat keputusan. Demi hidupku. Demi hidupmu. Demi kebahagiaanku. Demi kebahagiaanmu. Aku penat.. Aku letih..
Pilihan.. Keputusan.. Amat sukar untuk kita melakukannya. Menterjemahkannya dalam perbuatan. Namun, kita tetap perlu melakukannya. Perlu memilih. Perlu memutuskan. Perlu berubah... Jika tidak, sampai bila? Dengan sedikit keberanian, ketakutan akan tunduk menyerah.
Bangkitlah semua. Hadapilah kenyataan. Buatlah pilihan... Untuk terus terperangkap atau lepas bebas..
Its time to make a decision. Even its hard enough..
Wednesday, September 9, 2009
HATIKU DAN HATIMU
tiada yang dapat merungkai rahsianya sehingga hari ini. terlalu kompleks dan abstrak. seringkali hati dikaitkan dgn cinta. acapkali persoalan timbul tentang hati dan perasaan. namun kita tetap di situ. diselubungi persoalan tentang cinta, hati, dan perasaan...
satu masa dahulu, hati ini kau tawan. kau beri harapan pada sekeping hati yang sunyi ini. saat itu, hati ini kembang mekar. perasaan ini harum mewangi. cinta ini bergema menggegar galaksi. bersama menempuh hari-hari yang datang dengan senyuman. dengan gelak tawa. dengan kebahagiaan yang tak bertepian. terasa haiku dan hatimu menjadi satu. ku kira, kaulah pasanganku. kaulah hatiku. kaulah perasaanku. kaulah CINTAKU....
Namun, setiap yang datang tetap kan pergi. Lumrah alam, semua benda tu ada pasangannya. Yang hidup kan mati. Yang bermula akan berakhir. Di saat hati ini berbunga indah dalam hembusan cintamu, kau pergi menjauh. Pergi dari hidupku. Pergi meninggalkan sekeping hati ini. Remuk. Hancur. Luka berdarah. Saat itu aku sedar, yang indah tak selamanya indah. Ibarat taman terindah di dunia ini, akhirnya tetap ditimpa hujan.
Hati ini pernah membencimu. Hati ini pernah ingin membuangmu. hati ini pernah terasa ingin melupakanmu. Meninggalkanmu..
Namun, setiap kali semua itu terlintas, perasaanku jadi tak menentu. Emosiku jadi celaru. Segalanya jadi tak menentu. Aku tersepit dalam ruang rindu yang tercipta untukmu. Aku lemas dalam dermaga kasihku padamu. Aku mati dalam kenangan cintaku bersamamu. Ingin ku benci dirimu, hati tidak merelakan. Ingin ku buangmu jauh, hati tidak membenarkan. Inginku melupakanmu, hati menghalang tindakan. Inginku meninggalkan kenangan bersamamu, hati menggugat perasaan.
Nyata, kau telah menawan seluruh hatiku. Perasaanku. kasihku. Sayangku. Cintaku....
Kini, kau milik orang lain. Aku tak pasti tentang hatimu. Kau pernah menyatakan bahawa hatimu tetap milikku. Andai benar, kenapa kau terus bersamanya? itulah rahsia hati. Rahsia yang terus menjadi misteri.
Kini, saat hati dan diri mula menerima dengan redha, kau datang kembali. Datang memberi harapan. Membangkitkan kembali memori silam. Datang mengetuk pintu hati yang lara kesepian. Aku keliru. Aku buntu. Siapa sebenarnya aku padamu? Aku bersama orang lain, kau cemburu. Adakah kau masih cintakanku? Sayangiku? Hanya kau yang tahu...
Cinta ini terlalu dalam buatmu. Parut cinta yang tertinggal juga dalam. Dalam hati ini masih bergema namamu. Sampai bila, aku pun tak tahu jawapannya. Biarlah menjadi rahsia hati...
RAHSIA DI HATI, TIADA SIAPA YANG TAHU...
Thursday, August 6, 2009
melodi hati yang lara
sampai bila harus diriku begini, sampai bila harus kau dera hatiku......
mnderita kerana cinta? cinta bkn utk menyakitkan dan menderita. cinta itu untuk membahagiakan dan dinikmati. sakit itulah cinta,derita juga cinta,bahagia irama cinta. kadang2, kita dibutakn oleh pndangan mata,ditulikan oleh pndengaran telinga,hinggakan kita terlupa bahawa kita masih mmpunyai mata hati untuk melihat dan mendengar..pndangan mata selalu menipu,pndangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yg hakiki..
dont spend another minute being angry or sad about yesterday. free it, and you'll free yourself...
menanti dan terus menanti...menunggu suatu yang belum pasti...mencari kekuatan dalam kelemahan..dalam ketandusan...sunyi.. sepi.. dimensi terasa kosong. meratap hiba ditemani sang bayu. degupan jantung seolah terhenti. dingin.. sayu.. memori silam menggamit hati dan perasaan. lepaskanlah.. lupakanlah.. moga, kesakitan ini berlalu pergi bersama angin yang berhembus sepi, bersama hujan yang membasahi bumi...
bila seseorang tu hadir dalam hidup kita, dan tiba masanya dia meninggalkan kita, jgnlah terlalu bersedih. yang patah tumbuh, yang hilang kan berganti. walaupn hakikatnya, sukar utk kita lupakan, redha dan pasrah adalah jln terbaik. sekurang kurangnya, dia pernah membahagiakan kita suatu masa dulu....
Thursday, June 11, 2009
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
Thursday, May 28, 2009
love that hurts
Have you even been in love? Horrible, isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens your heart and it means someone can get inside you and mess you up. You build up all these defenses. You build up this whole armor, for years, so nothing can hurt you, then one stupid person, no different from any other stupid person, wanders into your stupid life...
You give them a piece of you. They don't ask for it. They do something dumb one day like kiss you, or smile at you, and then your life isn't your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so a simple phrase like "maybe we should just be friends" or "how very perceptive" turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt, a body-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain. I hate love.
fly with colours

" Take a chance. Take a risk. What you built may not be as unstable as you thought. Take a step back and admire what you've done because in the end, it might be worth it. And if it's not, you learned a lesson in life and you will have grown wiser. So live your life without regrets, take chances and risks, and see how far you can fly."
Wednesday, May 27, 2009
motivate yourself

Some people come into our lives and quickly go. Some people move our souls to dance. They awaken us to new understanding with the passing whisper of their wisdom. Some people make the sky more beautiful to gaze upon. They stay in our lives for awhile, leave footprints on our hearts, and we are never ever the same.....
1st from me

ari ni, ari prtama ak jd blogger. hehehe... men try je. sbnrnya, lama da ak nak wat blog, tp, masa x mngizinkan. everything changes in or life. baby will become child, child to adult, adult become old, and soon will die. thats the process of life. kpale ak srabut sbnrnya skrg.mcm2 ak nk tulis sbnrnya, tp bkn skarang masanya. i need time 2 forget all this pain first. love come and go, but life must go on. until next time. daaaa....
