...H.A.T.I...
tiada yang dapat merungkai rahsianya sehingga hari ini. terlalu kompleks dan abstrak. seringkali hati dikaitkan dgn cinta. acapkali persoalan timbul tentang hati dan perasaan. namun kita tetap di situ. diselubungi persoalan tentang cinta, hati, dan perasaan...
satu masa dahulu, hati ini kau tawan. kau beri harapan pada sekeping hati yang sunyi ini. saat itu, hati ini kembang mekar. perasaan ini harum mewangi. cinta ini bergema menggegar galaksi. bersama menempuh hari-hari yang datang dengan senyuman. dengan gelak tawa. dengan kebahagiaan yang tak bertepian. terasa haiku dan hatimu menjadi satu. ku kira, kaulah pasanganku. kaulah hatiku. kaulah perasaanku. kaulah CINTAKU....
Namun, setiap yang datang tetap kan pergi. Lumrah alam, semua benda tu ada pasangannya. Yang hidup kan mati. Yang bermula akan berakhir. Di saat hati ini berbunga indah dalam hembusan cintamu, kau pergi menjauh. Pergi dari hidupku. Pergi meninggalkan sekeping hati ini. Remuk. Hancur. Luka berdarah. Saat itu aku sedar, yang indah tak selamanya indah. Ibarat taman terindah di dunia ini, akhirnya tetap ditimpa hujan.
Hati ini pernah membencimu. Hati ini pernah ingin membuangmu. hati ini pernah terasa ingin melupakanmu. Meninggalkanmu..
Namun, setiap kali semua itu terlintas, perasaanku jadi tak menentu. Emosiku jadi celaru. Segalanya jadi tak menentu. Aku tersepit dalam ruang rindu yang tercipta untukmu. Aku lemas dalam dermaga kasihku padamu. Aku mati dalam kenangan cintaku bersamamu. Ingin ku benci dirimu, hati tidak merelakan. Ingin ku buangmu jauh, hati tidak membenarkan. Inginku melupakanmu, hati menghalang tindakan. Inginku meninggalkan kenangan bersamamu, hati menggugat perasaan.
Nyata, kau telah menawan seluruh hatiku. Perasaanku. kasihku. Sayangku. Cintaku....
Kini, kau milik orang lain. Aku tak pasti tentang hatimu. Kau pernah menyatakan bahawa hatimu tetap milikku. Andai benar, kenapa kau terus bersamanya? itulah rahsia hati. Rahsia yang terus menjadi misteri.
Kini, saat hati dan diri mula menerima dengan redha, kau datang kembali. Datang memberi harapan. Membangkitkan kembali memori silam. Datang mengetuk pintu hati yang lara kesepian. Aku keliru. Aku buntu. Siapa sebenarnya aku padamu? Aku bersama orang lain, kau cemburu. Adakah kau masih cintakanku? Sayangiku? Hanya kau yang tahu...
Cinta ini terlalu dalam buatmu. Parut cinta yang tertinggal juga dalam. Dalam hati ini masih bergema namamu. Sampai bila, aku pun tak tahu jawapannya. Biarlah menjadi rahsia hati...
RAHSIA DI HATI, TIADA SIAPA YANG TAHU...
Pages
About Me
Mari Tambah Kenalan
Mari Menderma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment