Friday, September 11, 2009

Cukup Beranikah Kita????

Keputusan..

Pilihan..

Decision..

Apa pn perkataannya, maksudnya tetap sama. ya, yg membezakan kita dengan orang lain. Cukup kuatkah kita untuk membuat keputusan? Cukup beranikah kita untuk menghadapi kenyataan?

Dalam hidup ini, kita diberi peluang untuk membuat pilihan. Setiap pilihan yang kita buat, bakal menentukan nasib kita pada masa akan datang. Memberitahu siapa kita suatu hari nanti. Ya, terlalu besar pengaruhnya. Terlalu besar kesannya. Baik atau buruk sesuatu keputusan itu, hasilnya tidak akan nampak pada hari ini. Kesilapan membuat pilihan atau keputusan terletak atas diri kita sendiri.

Kau pernah membuat keputusan itu. Kau pernah memutuskan untuk membahagiakanku. Kau pernah berjanji mencintai ku. Mengasihiku. Menyayangiku..

Namun kini, janji itu hanya tinggal janji. Tinggal sepi dalam lipatan sejarah cinta kita. Sejarah hidup kita. Kau pergi tapi kau ada. Kau hilang tapi kau di sana. Di hadapanku. Dalam pandanganku. Dalam mimpiku. Dalam hidupku..

Kau pernah menyalahkanku kerana tak mampu membuat keputusan untuk cinta kita. Kau pernah memarahiku kerana tak mampu membuktikan cintaku. Kasihku.. Sayangku.. Kini? Kau berada di tempatku. Dan aku tahu, kau juga tak mampu membuat keputusan itu. Antara dia dan aku, mana satu pilihanmu?

Sudah terlalu lama hati ini merindukan dirimu. Terlalu lama perasaan ini ku simpan buatmu. Terlalu lama rindu ini bergema untukmu. Lama.. Terlalu lama..

Aku juga tak mampu untuk membuat keputusan kini. Aku juga tersepit. Karam dalam lautan perasaan yang sunyi dan sepi. Yang terus menghukum diri.

Sekarang, aku perlu membuat keputusan. Demi hidupku. Demi hidupmu. Demi kebahagiaanku. Demi kebahagiaanmu. Aku penat.. Aku letih..

Pilihan.. Keputusan.. Amat sukar untuk kita melakukannya. Menterjemahkannya dalam perbuatan. Namun, kita tetap perlu melakukannya. Perlu memilih. Perlu memutuskan. Perlu berubah... Jika tidak, sampai bila? Dengan sedikit keberanian, ketakutan akan tunduk menyerah.

Bangkitlah semua. Hadapilah kenyataan. Buatlah pilihan... Untuk terus terperangkap atau lepas bebas..

Its time to make a decision. Even its hard enough..

1 comments:

  1. xpa... hidup ni masi panjang.
    kmu pun msi muda ag.. hehehe....
    dalam hidup ni kita ada byk lg plhn yg kita x sedar, yg telah kita lepaskn tnpa kita sedari.....

    ReplyDelete