Friday, December 14, 2012


MEMPERKENALKAN, SEJENIS LOSYEN BADAN YANG UNIK DAN ISTIMEWA!!!

INCH LOSS DARI FELINNA BEAUTY..
"Produk yang amat digalakkan ada bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi x best di luar sana. Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye..." 
MENGAPA FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION PERLU ADA DALAM BEG ANDA!!
    Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi. Mudah mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi.
Rumusan yang bagus untuk kulit, lembut kulit, masalah kulit kering, selulit, bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba.
Mudah nak apply di mana-mana bahagian yang tak berkenan kat hati.
Pek yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
 Jadi pastikan satu botol Felinna Beauty Inchloss Lotion ada di dalam beg anda.
KHASIAT FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION 
 Aroma WangianIanya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti. 
CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION  
 Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam.  
Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.
APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI
Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
Jangan risau dan gundah. Ready Stock bagi yang berminat. Jangan tunggu lagi. Hanya RM75 sebotol. PenghantaranPERCUMA


Agent juga dialu-alukan. 
Harga istimewa dengan modal serendah RM250 

  Lemak Hilang, Duit Datang  

SMS / Tel / Whatsapp @ 012-7295038

Felinna InchLoss Promo Kurus Sambil Berjimat


MEMPERKENALKAN, SEJENIS LOSYEN BADAN YANG UNIK DAN ISTIMEWA!!!

INCH LOSS DARI FELINNA BEAUTY..
"Produk yang amat digalakkan ada bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi x best di luar sana. Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye..." 
MENGAPA FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION PERLU ADA DALAM BEG ANDA!!
    Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi. Mudah mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi.
Rumusan yang bagus untuk kulit, lembut kulit, masalah kulit kering, selulit, bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba.
Mudah nak apply di mana-mana bahagian yang tak berkenan kat hati.
Pek yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
 Jadi pastikan satu botol Felinna Beauty Inchloss Lotion ada di dalam beg anda.
KHASIAT FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION 
 Aroma WangianIanya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti. 
CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION  
 Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam.  
Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.
APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI
Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
Jangan risau dan gundah. Ready Stock bagi yang berminat. Jangan tunggu lagi. Hanya RM75 sebotol. PenghantaranPERCUMA


Agent juga dialu-alukan. 
Harga istimewa dengan modal serendah RM250 

  Lemak Hilang, Duit Datang  

SMS / Tel / Whatsapp @ 012-7295038

Wednesday, February 29, 2012

Ku cari damai di hati

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Warkah Buat Pemimpin

Salam sahabat. Salam mesra. Salam 1Malaysia. Bertemu sekali lagi dalam coretan dan nukilan untuk direnung dan difikirkan. Kali ini, kita telusuri kaedah dan cara menjadi pemimpin yang dihormati kerana jati diri. Yang disegani kerana kredibiliti. Yang kukuh pendirian. Yang sanggup menghadapi gelora cabaran dan rintangan. Bagaimana? Fahami dan hayati coretan hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa ini...

Wahai Pemimpin...

Telah terbeban di atas bahu kamu amanah dan tanggungjawab. Anda sedar? Anda tahu maksud amanah yang tergalas di atas bahu anda? Anda tahu tanggungjawab yang perlu anda laksanakan? Kalau anda tahu dan sedar, anda merupakan pemimpin yang berjaya. Kalau tidak, Layakkah anda digelar pemimpin? Mampukah anda memimpin dan dipimpin? Ya, bukan mudah. Bukan senang. Berat. Sebelah kaki di neraka kawan. Sedar tak teman?


Tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin ini besar. Cabaran paling besar, memimpin diri sendiri. Kenapa? Kerana, kalau diri sendiri pun tak boleh dipimpin, gagal dipimpin, inikan pula nak memimpin orang lain. Membawa seramai mungkin insan yang ada ke jalan yang lurus. Jalan yang betul haluannya. Jalan yang betul perjuangannya. Tidak menyimpang ajarannya. Bukan jalan menuju kehinaan. Bukan jalan yang menuju kehancuran. Hayati semula niat sebenar anda menjadi pemimpin. Adakah kerana sekadar ingin dikenali? Dihormati? Fahami kembali erti perjuangan sebenar.


Duhai Pemimpin di kalangan Pemimpin...

Tergalas di bahu kamu satu bebanan. Melebihi beratnya amanah pemimpin. Melebihi besarnya tenggungjawab pemimpin. Saat anda dibebankan dengan amanah itu di atas bahu, anda perlu segera sedar dari mimpi. Segera bangkit dari fantasi. Anda bukan lagi insan biasa. Anda hebat. Anda gah. Anda besar. Anda berkuasa. Anda LAYAK. Jangan sesekali alpa dan lupa. Besar tanggungjawab tu teman. Sedar sikit ye kawan. Takut? Kenapa? Sampai bila nak jadi lembu dicucuk hidung? Hadapi ketakutan tu. Bina jati diri setinggi mungkin. Terima amanah yang diberi. Tak perlu mengelak. Jadi berani. Kerana anda merupakan PEMIMPIN dikalangan PEMIMPIN...


Tapi ingat sikit. Jangan bangga sampai lupa diri. Jangan salahguna kuasa yang ada. Jangan menindas orang yang dipimpin. Besar mana pun pangkatnya, ingatlah bahawa ada yang lebih berpangkat dari anda. Kalau anda rasa berkuasa, ada yang lagi berkuasa. Pangkat dan kuasa tak lama kawan. Ada yang baru akan menggantikan kita. Dalam masa yang ada, dengan kuasa yang ada, gunalah sebaik mungkin. Gunakan dengan bijak. Takut nanti, tak pasal-pasal kena pijak.


Wahai golongan yang dipimpin...

Hormati ketua anda. Hormati pemimpin anda. Walau siapa pun dia. Adat orang bawah mengikut kata atasan. Jagan tutup pintu hati yang dah sedia gelap tu. Ini tak, ego tinggi mengalahkan KLCC. Lagak sombong macam hebat. Tapi sudahnya, habuk pun tarak... Buka hati tu luas-luas. belajar untuk dipimpin. Satu hari nanti, yang dipimpin tak mustahil akan memimpin. Hidup kan ibarat roda. Hari ni tolong orang, esok-esok orang tolong kita. Tapi kalau dah hari ni asyik dok buat taik dengan orang, esok-esok taik lembu melekat kat muka. Baru padan muka.


Eh, bangga pulak pemimpin-pemimpin kita ni kan. Ingat sikit ye. Anda juga tergolong dalam golongan yang dipimpin. Kan telah tersurat sekian lama bahawa pemimpin itu merupakan golongan yang boleh memimpin dan dipimpin. Ha, baru sedar? Macam tu la lumrah dunia. Kalau semua nak jagi pemimpin, memang perang tak berhenti la jawabnya. Tapi benda senang macam ni la yang orang kita susah sangat nak faham. Dok bertelagah sama sendiri. Kejar kuasa. Kejar harta. Kejar nama. Apo kono eh jang?


Renung-renungkanlah selagi ada masa. Takde orang boleh ubah kita kalau kita sendiri taknak ubah diri kita. Pegang erat-erat amanah yang diberi. Laksanakan sehabis baik tanggungjawab yang diberi. Bukan apa, takut bila disoal kemudian nanti terlopong menganga tak tau nak jawab apa.


Salam gemilang. Salam motivasi. Wassalam...

Wednesday, February 22, 2012

The Power of Brain

Hye my dear friends,

Lately, I hear a lot of "don't" from other people. Did you know that human brain simply cannot process the word [don't]?

I'm not a doctor, but, I have a brain. Most of the time, we understand certain things by vision. We imagined the thing. Some kind like photogenic memory. Think about toothpaste, we imagine about Colgate. Think about tiger, we picture the tiger. Those images had been seared to our brain long time ago.

Now, brain is the most fastest computer exactly. Let's us try one simple test.
.
.
.
Don't think about white elephant...
.
.
.
Due to it's fastest processor, the brain cant't process the word [don't].

Most of the issue with teenagers nowdays, they simply cannot process the word [don't] at all.
[don't] play games, they will play the next minutes.
[don't] you ever leave me dear. Next time we know, they broke up.
[don't] submit resignation letter. They will actively search for new job vacancies.
[don't] break the rules. We will visit him/her in jail.

POSITIVE WORDS is the only possible way to overcome such issue. That's what I think.

-: [don't] play games Rizal. Go upstairs and study
+: Make Sure you study. I will Give you time to play games later.

Most of the times, the brain will start to think in rational once we use positive words. It leads to a greater goods. it give energy. Our vision will be more focus.

You are what you think. If you think you will fail, then you definitely will fail. If you think you can do it, You will only realize the outcome once you're on top.

Until Next Time...

Han Farhan 2012


P/S: Appreciate if all of the readers can comment. Still learning, and will continue to learn. (^_^)

Monday, February 20, 2012

Sepi Sekeping Hati

'Abang, kenapa anak kita tak balik lagi? '

Ayah diam seribu kata.

'Abang, yah dah masak ketam sambal kegemaran anak-anak kita. Diorang tak sampai lagi ke?'

Ayah diam lagi.

'Abang, yah ta....'

'Mereka takkan balik Yah. Mustahil mereka akan balik'. Pantas ayah memintas kata2 mak.

Mak diam. Sepotong ayat yang membuat hati mak luka semula. Mak duduk di tepi tingkap. pandangan dihala keluar tingkap. Melihat keletah Si Tompok dengan anaknya. Setidaknya, hati kecil mak mampu tertawa walau air mata mak sudah mula bertakung.

Ayah pandang mak. Ayah kesian tengok mak. Mak dah lama sakit. Mak ada kanser darah. Doktor jangka, mak tak mampu bertahan lama. Air mata ayah mula menitis. Ayah menutup novel motivasi garapan DR HM tuah, "Jangan Tidak-Tidak". Ayah berlalu pergi. Bukan ayah tak sayang mak. Tapi ayah faham perangai mak. Sejak mak sakit, sejak itu, mak akan selalu duduk tepi tingkap. Mak akan pandang Si tompok dengan anak-anaknya. Tiada apa lagi yang mampu hiburkan hati mak. Mak akan terus mengharap anak-anak mak pulang.

Dengan titisan air mata yang masih bersisa, ayah berwuduk.

"Allahuakbar.... Bismillah......................................"

******************************************************************************

7.00am, 11 Jan 2012

'Yah... Yah... bangun sayang. Abang ada bawak lemak tempoyak kesukaan yah. Yah nak makan?' kata ayah sambil tersenyum.

Mak hanya mampu tersenyum. Mak angguk.

Ayah membuka bekal. Ayah sandarkan mak di hujung katil.

'Yah sihat hari ni? Doktor cakap apa2 tak hari ni? Abang minta maaf lambat sedikit hari ni. Semalam kan yah,...........', ayah terus berbicara.

Mak senyum pandang ayah. Mak tahu, ayah dah buat yang terbaik untuk mak. Ayah sentiasa ada untuk mak. Ayah hiburkan hati mak. Ayah curahkan kasih sayang untuk mak. Mak bertuah ada orang macam ayah. Tapi... Mak cuma mampu membalas dengan senyuman. Suara mak dah ditarik. Kanser mak sudah kritikal. Mak tahu, hidup mak tak lama...

*******************************************************************************

3.00pm, 20 Jan 2012

"Yaasin... Wal qura nil hakim... Inna..."

Bacaan surah Yassin bergema. Jenazah mak terbujur sepi. Ayah menangis. Ayah pandang jiran tetangga yang hadir. Tiada. Ayah pandang ke luar tingkap. Masih tiada. Ayah pejamkan mata. Mengharap Abang dan Adik muncul di sana. Ayah bungkam. Mereka Masih tiada saat Ayah buka mata. Ayah menangis lagi. Ayah tahu semuanya mustahil...

Di saku ayah, terselit kemas sekeping nota. Nota buat Ayah. Nota buat Abang. Nota buat Adik...


Abang...

Terima kasih atas kasih sayang dan cinta abang pada Yah selama ni. Yah tahu abang menderita sebab Yah. Yah tahu abang dah banyak bersusah payah demi Yah. Yah cuma nak abang tahu, abang segalanya untuk Yah. Abang penawar sakit Yah. Abang penghibur hati Yah.

Yah tak mampu membalas semua budi dan jasa abang pada Yah. Halalkan segala makan dan minum Yah. Maafkan segala salah silap Yah pada abang. Yah sayang Abang. Yanh akan sentiasa sayang abang sehingga hembusan nafas terakhir Yah..

Maafkan Yah kerana terpaksa pergi dahulu...

Maafkan yah...


Zahir dan Iqbal,

Mak tahu kamu takkan mampu membaca warkah terakhir mak. Tapi, mak terasa ingin menulis. Mak tulis juga walaupun mustahil.

Kamu berdua tetap anak mak. Mak sayang kamu berdua. Mak tak mampu terima hakikat yang kamu berdua dah tiada. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Tiada lagi suara lembut kamu berdua bergurau senda dengan mak. Dengan ayah.

Mak redha sekarang. Mak halalkan makan minum kamu. Mak maafkan semua salah silap kamu. Kamu tak bersalah... Mak yang tak mahu terima hakikat bahawa kamu berdua pergi dahulu sebelum mak. Mak minta maaf...


Abang,

Yah tak mampu lagi. Izinkan Yah pergi dengan redha. Doakan kami semua.


Salam sayang,
Yah


Ayah menyeka air mata yang berlinang. Ayah sepi. Kini, ayah tinggal sendiri. Mak telah pergi. Zahir telah pergi. Iqbal sudah pergi. Ayah kini tinggal sendiri...


---------------------------------END------------------------------------------------------


Tanggungjawab isteri di sisi suami, namun, kita sering terlupa bahawa suami juga akan sentiasa berada di sisi isteri.

Buat wanita di luar sana, buatlah pilihan yang betul. Perkahwinan bukan perkara mainan.

Hargai insan yang kita sayang, selagi masa masih ada........


Han Farhan, 20/02/2012 3.11am