Monday, February 20, 2012

Sepi Sekeping Hati

'Abang, kenapa anak kita tak balik lagi? '

Ayah diam seribu kata.

'Abang, yah dah masak ketam sambal kegemaran anak-anak kita. Diorang tak sampai lagi ke?'

Ayah diam lagi.

'Abang, yah ta....'

'Mereka takkan balik Yah. Mustahil mereka akan balik'. Pantas ayah memintas kata2 mak.

Mak diam. Sepotong ayat yang membuat hati mak luka semula. Mak duduk di tepi tingkap. pandangan dihala keluar tingkap. Melihat keletah Si Tompok dengan anaknya. Setidaknya, hati kecil mak mampu tertawa walau air mata mak sudah mula bertakung.

Ayah pandang mak. Ayah kesian tengok mak. Mak dah lama sakit. Mak ada kanser darah. Doktor jangka, mak tak mampu bertahan lama. Air mata ayah mula menitis. Ayah menutup novel motivasi garapan DR HM tuah, "Jangan Tidak-Tidak". Ayah berlalu pergi. Bukan ayah tak sayang mak. Tapi ayah faham perangai mak. Sejak mak sakit, sejak itu, mak akan selalu duduk tepi tingkap. Mak akan pandang Si tompok dengan anak-anaknya. Tiada apa lagi yang mampu hiburkan hati mak. Mak akan terus mengharap anak-anak mak pulang.

Dengan titisan air mata yang masih bersisa, ayah berwuduk.

"Allahuakbar.... Bismillah......................................"

******************************************************************************

7.00am, 11 Jan 2012

'Yah... Yah... bangun sayang. Abang ada bawak lemak tempoyak kesukaan yah. Yah nak makan?' kata ayah sambil tersenyum.

Mak hanya mampu tersenyum. Mak angguk.

Ayah membuka bekal. Ayah sandarkan mak di hujung katil.

'Yah sihat hari ni? Doktor cakap apa2 tak hari ni? Abang minta maaf lambat sedikit hari ni. Semalam kan yah,...........', ayah terus berbicara.

Mak senyum pandang ayah. Mak tahu, ayah dah buat yang terbaik untuk mak. Ayah sentiasa ada untuk mak. Ayah hiburkan hati mak. Ayah curahkan kasih sayang untuk mak. Mak bertuah ada orang macam ayah. Tapi... Mak cuma mampu membalas dengan senyuman. Suara mak dah ditarik. Kanser mak sudah kritikal. Mak tahu, hidup mak tak lama...

*******************************************************************************

3.00pm, 20 Jan 2012

"Yaasin... Wal qura nil hakim... Inna..."

Bacaan surah Yassin bergema. Jenazah mak terbujur sepi. Ayah menangis. Ayah pandang jiran tetangga yang hadir. Tiada. Ayah pandang ke luar tingkap. Masih tiada. Ayah pejamkan mata. Mengharap Abang dan Adik muncul di sana. Ayah bungkam. Mereka Masih tiada saat Ayah buka mata. Ayah menangis lagi. Ayah tahu semuanya mustahil...

Di saku ayah, terselit kemas sekeping nota. Nota buat Ayah. Nota buat Abang. Nota buat Adik...


Abang...

Terima kasih atas kasih sayang dan cinta abang pada Yah selama ni. Yah tahu abang menderita sebab Yah. Yah tahu abang dah banyak bersusah payah demi Yah. Yah cuma nak abang tahu, abang segalanya untuk Yah. Abang penawar sakit Yah. Abang penghibur hati Yah.

Yah tak mampu membalas semua budi dan jasa abang pada Yah. Halalkan segala makan dan minum Yah. Maafkan segala salah silap Yah pada abang. Yah sayang Abang. Yanh akan sentiasa sayang abang sehingga hembusan nafas terakhir Yah..

Maafkan Yah kerana terpaksa pergi dahulu...

Maafkan yah...


Zahir dan Iqbal,

Mak tahu kamu takkan mampu membaca warkah terakhir mak. Tapi, mak terasa ingin menulis. Mak tulis juga walaupun mustahil.

Kamu berdua tetap anak mak. Mak sayang kamu berdua. Mak tak mampu terima hakikat yang kamu berdua dah tiada. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Tiada lagi suara lembut kamu berdua bergurau senda dengan mak. Dengan ayah.

Mak redha sekarang. Mak halalkan makan minum kamu. Mak maafkan semua salah silap kamu. Kamu tak bersalah... Mak yang tak mahu terima hakikat bahawa kamu berdua pergi dahulu sebelum mak. Mak minta maaf...


Abang,

Yah tak mampu lagi. Izinkan Yah pergi dengan redha. Doakan kami semua.


Salam sayang,
Yah


Ayah menyeka air mata yang berlinang. Ayah sepi. Kini, ayah tinggal sendiri. Mak telah pergi. Zahir telah pergi. Iqbal sudah pergi. Ayah kini tinggal sendiri...


---------------------------------END------------------------------------------------------


Tanggungjawab isteri di sisi suami, namun, kita sering terlupa bahawa suami juga akan sentiasa berada di sisi isteri.

Buat wanita di luar sana, buatlah pilihan yang betul. Perkahwinan bukan perkara mainan.

Hargai insan yang kita sayang, selagi masa masih ada........


Han Farhan, 20/02/2012 3.11am

0 comments:

Post a Comment