Tuesday, February 14, 2012

I'm Not Working For Work, I'm Working For Career


Pejam... Celik... Pejam lagi... Celik lagi... Sedar - sedar da setaun aku keje kat maxis. Memula msuk, position Maxis Care Consultant. Da tu tukar Maxis Icon lak. Hakikatnya tetap sama, Customer Service. Nasib Badan...

Mula2 kerja, memang la best. Impian tersembunyi nak keje Maxis. Satu nama yang agak besar dalam bisnes telekomunikasi Malaysia. Syarikat gah bukan bermaksud kerjanya gah. Indah khabar dari rupa. Nasib Badan...

Bukan la nak memilih kerja, tapi setiap individu ada halatuju dalam karier masing2. Kerja 'answer call' ni dulu pernah jatuh ranking paling bawah dalam carta cari kerja lepasan graduan dan penganggur2 malaysia. Memandangkan Malaysia kini da menuju 'service based country', kbanyakan syarikat mula nak 'concentrate pada 'customer service'. Maka, berlambaklah 'call centre' bukak kat malaysia. 'Support' syarikat sana la, sini la, siap ada akademi untuk latih graduan dalam 'Customer Service' macam MyPartner Sdn Bhd dan Scicon Academy. Terlahirlah graduan yang berpotensi memenuhi 'call centre' yang ada dalam Malaysia. Nasib Graduan...

Setaun ak jawab call kat maxis, handle kes-kes bil yang melampau tinggi cajnya, jaga korporat, macam2 la. Tapi akhirnya, aku tetap di situ. Janji macam2 da ak dengar. Pindah KLCC, conver jadi permanent, tukar department, hakikatnya tetap sama. Aku masih di situ. Aku bukan kerja untuk kerja, tapi aku kerja untuk karier. Yup, dua perkara yang berbeza. kerja sebab kerja, kita takkan kemana. Kerja untuk Karier, itu masa depan kita. Bukan jawab call je. kontrak staf pun jawab call, dah permanent pun jawab call. Esok2 da ada anak pon still jawab call. Ak perlukan karier dan kerjaya, bukan kerja. Nasib Pekerja...

Aku sayang Maxis, tapi aku lebih sayang masa depan aku. Tak kira apa pun kerja anda kini, ubahlah pemikiran. Jangan kerja kerana kerja lagi. Bina masa depan. Bina karier. Kita kerja, kita Orang Malaysia. Apa pun, Karier lebih utama.

Penat da luah perassan, layan movie la plak. hehehehe.... Adios...

0 comments:

Post a Comment